Memilihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira agama, bangsa, mahu pun keturunan. Nabi Ibrahim AS pada awal baginda menginjakkan kakinya di kota Makkah, beliau berdoa kepada Allah “YaRabb-ku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.”( Surah Al-Baqarah: 126)
Keamanan merupakan nilai yang amat berharga untuk sebuah negara yang merdeka. Percayalah bahawa setiap penduduk dalam negara yang menghadapi persengketaan dan peperangan sentiasa mengimpikan keamanan yang entah bila boleh dikembalikan
Jadikan pengalaman Iraq dan Afghanistan sebagai rujukan kepada pusingan sejarah. Bukankah kehancuran Iraq berpunca daripada keyakinan rakyat mereka untuk menerima bantuan asing yang kononnya boleh memenuhi impian mereka untuk keamanan. Manakala Afghansistan pula berpunca daripada rebutan kuasa dalam negara yang mengundang padah apabila kuasa luar terlibat untuk campurtangan. Kedua-dua negara contoh itu merupakan negara Islam yang sama dengan kita namun berabad lamanya menangung derita. Sehingga rencana ini ditulis masih tiada jalan menunggu keamanan yang mutlak.
Jadikan pengalaman Iraq dan Afghanistan sebagai rujukan kepada pusingan sejarah. Bukankah kehancuran Iraq berpunca daripada keyakinan rakyat mereka untuk menerima bantuan asing yang kononnya boleh memenuhi impian mereka untuk keamanan. Manakala Afghansistan pula berpunca daripada rebutan kuasa dalam negara yang mengundang padah apabila kuasa luar terlibat untuk campurtangan. Kedua-dua negara contoh itu merupakan negara Islam yang sama dengan kita namun berabad lamanya menangung derita. Sehingga rencana ini ditulis masih tiada jalan menunggu keamanan yang mutlak.
Kejayaan Rasulullah SAW membina negara Madinah yang berdaulat adalah hasil kesepaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan. Ianya membuktikan Islam mementingkan perpaduan dan keamanan. . Inilah keindahan Islam yang sepatutnya diamalkan sebagai model yang terbaik untuk dicontohi oleh penganut bukan Islam.
Sebenarnya kedudukan orang-orang bukan Islam yang tidak terjejas hak mereka, dapat dilihat dengan lebih jauh dengan melihat amalan aginda, khususnya dalam Perlembagaan Madinah. Dokumen ini merupakan bukti konkrit di mana orang-orang Islam dan bukan Islam hidup bersama-sama dan masing-masing menikmati hak mereka, sungguhpun orang-orang Islam kuat pegangan agama mereka. Malah penghayatan mereka kepada iman dan takwa mendorong mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap semua anggota masyarakat termasuk yang bukan Islam.
Sekiranya setiap penganut agama mengambil pendekatan sederhana dan bersikap adil terhadap penganut-penganut agama lain, insya-Allah, saya percaya bahawa perpaduan dan keamanan akan dapat dikekalkan di negara kita
Betapa nikmat keamanan itu amat penting dalam kehidupan turut sama dirasai oleh Nabi Ibrâhîm bilamana baginda memulakan doanya dengan memohon keamanan untuk kota Makkah. Baginda Nabi Ibrahim tahu bahawa keamanan adalah lambang kebahagiaan masyarakat, bangsa dan negara dan dengan keamanan akan tercapai segala kemashlahatan dan kebaikan yang diimpikan oleh manusia.
Ingatlah bahawa keamanan yang diimpikan itu akan berterusan kepada pemberian nikmat rezeki yang melimpah banyaknya sepertimana Firman Allah yang bermaksud “Dan apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezki (bagimu) dari sisi Kami?. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” ( Surah Al-Qashash : 57)
Allah SWT telah memberikan nikmat keamanan kepada Tsamud, kaumnya Nabi Salleh dengan kemampuan serta keupayaan mereka memahat gunung sebagai rumah-rumah mereka tanpa ada ketakutan dan kecemasan dan Allah melimpahkan kepada mereka akan nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Nikmat itu datang silih berganti. Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Kami jadikan antara mereka dengan negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kalian di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman.” (Surah Saba` : 18)
Ingatlah bagaimana Nabi Allah Yusuf ketika menyambut kedua orang tua dan ahli keluarganya, beliau mengingatkan mereka akan nikmat keamanan yang dilimpahkan Allah kepada mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud “Masuklah kalian ke negeri Mesir, Insya' Allah dalam keadaan aman.” (Surah. Yusuf : 99)
Nilai keamanan dan kemakmuran yang dibawa Islam adalah sesuai dengan setiap masa dan zaman. Sesuai dengan kedudukan Islam sendiri sebagai agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau menyeru ke arah pertumpahan darah sesama manusia, sedangkan masih ada ruang yang luas untuk menyebar serta menegakkan ajaran dan syiar Islam di muka bumi ini.
Rasulullah SAW ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang Baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh Baginda. Tindakan Baginda Rasulullah dalam berdakwah umpamanya, Baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Rasulullah juga mementingkan aspek kemanusiaan dan tidak mendahului nafsu dan amarah dalam tindakan baginda.
Sewajarnya umat Islam menanamkan sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati serta toleransi yang tinggi sesama manusia dan sekeliling mereka. Orang yang beriman dan bertakwa pastinya akan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan tolong-menolong sesama insan tanpa mengira batasan agama, bangsa dan sebagainya. Disamping membantu memastikan keseimbangan dan keharmonian hubungannya dengan dunia persekitarannya, mereka bergaul sesama manusia dan alam sekitar dengan sebaik-baik pergaulan tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan bahasa.
Apatalah lagi jika mereka tinggal bersama-sama di dalam sebuah negara yang memerlukan mereka berkerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana konsep tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan membenci perkara mungkar adalah di antara teras utama bagi mereka yang beriman.
Agama Islam telah ditentukan sebagai agama rasmi negara melalui Perlembagaan Persekutuan dan penduduk bukan Islam pula bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Toleransi agama seperti ini merupakan satu pendekatan keagamaan yang jelas menjaga kepentingan Islam.Kita semacam mencontohi baginda nabi yang memberi ruang kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman di Kota Madinah.
Kedudukan Islam yang dijaga dan dipelihara oleh Perlembagaan negara ini merupakan hadiah yang amat berharga yang perlu dipertahankan oleh masyarakat Islam di negara ini. Manakala masyarakat bukan Islam pula boleh meneruskan kehidupan biasa mereka.
Perbezaan yang ujud ini tidak menghalang kewujudan negara bersama orang-orang Islam dan bukan Islam. Al-Quran dengan jelas mengiktiraf hakikat kewujudan masyarakat majmuk dalam sesebuah masyarakat. Malah konsep kongsi kuasa sepertimana amalan Malaysia adalah tidak bercanggah dengan kaedah Siasah Assyariah yang menjadi kaedah pengurusan negara umat Islam. Justeru itu, ianya memberi impak yang cukup besar di mana hampir tiada kacau bilau mahupun pertelingkahan yang timbul akibat daripada salah faham agama.
Kewujudan berbagai-bagai bangsa dan agama dapat dilihat umpamanya menerusi konsep kebebasan beragama yang diberi jaminan dalam Islam. Orang-orang bukan Islam adalah bebas untuk menganut apa-apa kepercayaan yang dikehendaki dan tidak ada paksaan dalam memilih agama, walaupun orang-orang Islam dikehendaki menjalankan kewajipan berdakwah.
Al-Quran sendiri menegaskan semua manusia perlu diberi penghormatan dan kejadian mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan puak adalah bertujuan semata-mata supaya mereka saling mengenali , bermuafakat dan bukan untuk membenci di antara satu sama lain.
Sebenarnya dengan asas bernegara ini, umat Islam memiliki tanggungjawab keagamaan untuk melindungi nyawa, harta dan kehormatan orang-orang bukan Islam. Adalah kewajipan umat Islam agar berbuat baik dan bersahabat dengan orang bukan Islam yang tidak memusuhi agama Islam dan umat Islam. Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada orang-orang Islam agar tidak menzalimi dan melakukan penganiayaan terhadap orang-orang bukan Islam. Malah penganiayaan yang terjadi dianggap sebagai menyakiti Allah dan RasulNya.
Semestinya setiap penduduk saling hormat dan tidak mementingkan diri sendiri melainkan melihat keharmonian dan kesejahteraan masyarakat sebagai sesuatu yang lebih utama. Manakala perpaduan yang dibina dengan ikatan tali ukhwah ini mesti ada kesinambungan sepanjang masa
No comments:
Post a Comment