Thursday, September 22, 2011

ISLAM MENGHARGAI SUMBANGAN WANITA DALAM PELBAGAI BIDANG

           
            Jelas dan nyata bahawa Islam  tidak  sesekali bersikap diskriminasi antara gender dengan melebih dan mengurangkan peranan yang lain Tidak sepertimana apa yang berkisar dalam fikiran sesetengah pihak  yang menafikan sumbangan wanita dalam sejarah kebangkitan Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Ada yang beranggapan bahawa wanita hanya layak tinggal dirumah bagi menguruskan rumah tangga dan melayan suami sahaja. Mereka tidak dibenarkan  menjenguk keluar dari jendela kehidupan. Alasanny mudah – Islam tidak menggalakkkan mereka berbuat begitu  demi memelihara kedudukan wanita. Suatu rumusan yang menafikan sumbangan  golongan wanita dalam kehidupan bermasyarakat sejak zaman Rasulullah SAW lagi hingga kini.
            Golongan wanita dijaga dengan baiknya oleh agama. Islam sama sekali tidak membenarkan sebarang penghinatan dilakukkan keatas mereka samada bertujuan menghina atau menzalimi mereka. Islam sebenarnya menuntut supaya golongan wanita ini dilindungi seawal kehidupannya, diberi pendidikan sehingga menguruskan perkahwinannya.
            Daripada Abu Said Al-Khudri, Baginda Nabi telah bersabda yang bermaksud “Jika seseorang membesarkan tiga orang anak perempuan, mendidik mereka, mengahwinkan mereka dan berbuat baik terhadap mereka, dia akan masuk syurga.” (Riwayat Abu Daud)
Yusuf al-Qardhawi, seorang ulamak dan tokoh pemikir Islam  semasa yang terkemuka, telah menulis mengenai kedudukan wanita dalam Islam dengan menyebut “Islam menghormati wanita, mengiktiraf keinsanan serta keupayaannya untuk memikul tuntutan agama, tanggungjawab, kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki syurga” .
Sebenarnya  sifat kehalusan, kelembutan dan ketajaman perasaan mereka amat bernilai  dan tiada tandingannya hingga keakhir zaman dengan mengambil contoh peranan yang dimainkan oleh Ummu Salamah.
Ummu Salamah dibawa Nabi saat perjanjian Hudaibiyah dibuat. Banyak sahabat yang tidak merasa puas dengan perjanjian yang mereka rasa berat sebelah dan merugikan umat Islam. Namun Baginda tetap melaksanakan perjanjian itu.
 Maka melihat keadaan dan responsif para sahabat, Rasulullah berasa susah hati. Baginda menemui Ummu Salamah RA dan memberitahu tentang sikap para sahabat yang tidak mahu mencukur rambut dan kembali ke Madinah. Maka Jawab Ummu Salamah bahawa masalah tersebut mudah sahaja diatasi  dengan mencadangkan agar Baginda Rasul yang memulakakannya.
Ummu Salamah yakin dan percaya bahawa para sahabat Baginda yang lain akan mencontohi Nabi. Benar sekali atas cadangan dan strategi yang dicadangkan itu dimana para sahabat telah mencontohi baginda Nabi dengan mencukur kepalanya lalu balik semula ke Madinah. Allah telah mengurniakan kelebihan terhadap kaum wanita  iaitu ketajaman firasatnya.
            Peranan dan sumbangan Siti Khadijah  dalam konteks sebagai isteri dan wanita pertama  jelas  tiada bandingannya hingga kehari ini. Sebagai  orang pertama yang menerima Islam, secara langsung menjadi teras kekuatan semangat kepada Rasulullah SAW bermula dari Baginda menerima wahyu pertama hingga Islam diterima secara terbuka, bukan lagi secara sembunyi-sembunyi. Siti Khadijah  berperanan besar disebalik kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan Islam kepada puak Quraisy. Sumbangannya dirakamkan dalam catatan emas yang amat bernilai.  Sebagai seorang isteri yang patuh dan setia, Siti Khadijah sentiasa disisi Nabi dalam membantu Baginda hingga keakhir hayatnya.
            Begitu juga dengan Barakah binti Tsa’labah bin Amru bin Hishan bin Malik bin Salmah bin Amru bin Nu’man al-Habasyiyah yang kemudiannya dikenali dengan Ummu Aiman. Ummu Aiman adalah wanita yang sentiasa bersama  Nabi  semenjak  dilahirkan hingga Baginda wafat. Jasa Ummu Aiman sangat  besar  kepada Baginda. Wanita inilah yang menjadi pengasuh Nabi  dan amat rapat dengan Baginda. Banyak kenangan tersimpan dalam diri Ummu Aiman selama mendewasakan Nabi. Tidak menghairankan Baginda Rasul pernah menyebut Ummu Aiman  sebagai ibu kedua setelah ibu kandung Baginda Aminah binti Wahab. Pengorbanannya mengasuh Nabi  tetap dalam ingatan Rasulullah SAW hinggakan wanita berjiwa mulia ini amat dihormati dan disayangi Nabi . Bahkan Rasulullah yang seringkali memanggilnya dengan sebutan ibu ini  memiliki jiwa yang keras dan kental apabila turut serta dalam beberapa peperangan yang terjadi di masa Nabi SAW seperti dalam perang Uhud dan perang Hunain. Usahlah mengganggap  wanita yang bekerja sebagai pengasuh itu sebagai pekerjaan hina dan ianya dibuktikan oleh Ummu Aiman sendiri sehingga diiktiraf oleh Nabi.
            Sebenarnya sumbangan yang diberikan oleh wanita sepanjang zaman itulah yang melayakkan mereka digelar  “al mar‘atu ‘imadu‘l bilad” (wanita itu tiang negara). Islam telah memartabat dan memelihara golongan wanita agar tidak dipandang hina bertujuan untuk merendah-rendahkan tarafnya. Walaupun Islam tidak menyamakan antara lelaki dan perempuan namun Islam tetap menghormati wanita dan mengangkatnya kedudukannya.

 Allah berfirman yang bermaksud Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalahketurunan) dari setengahnya yang lain”( Surah al-‘Imran , Ayat 195)

 Sejarah telah merakamkan akan penglibatan wanita secara bersungguh-sungguh  dalam melaksanakan tanggung jawab  kebajikan, khidmat merawata sewaktu perang, membantu keluarga dalam  meringankan bebanan keluarga serta lain-lain perkhidmatan yang bersesuaian dengan imej dan keterampilan wanita Islam itu sendiri.
Usah dilupakan bahawa wanita pertama yang mencadangkan penubuhan badan kebajikan ialah Asma’ Yazid al-Ansariyah. Beliau antara wanita yang melakukan bai’ah kepada Rasulullah SAW di Aqabah. Beliau mempunyai akal pintar dengan pendirian agama yang teguh. Sifat yang dimiliki beliau telah  mendorong wanita Madinah melantiknya sebagai wakil mereka untuk menyampaikan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah SAW.
Hal ini terbukti Ini melalui kata-kata Asma’ Yazid “ Sesungguhnya aku adalah utusan kepada kumpulan wanita di belakangku. Mereka semua sependapat denganku” (Layth al-Su’ud Jasim).
Golongan wanita pada zaman Rasulullah sememangnya terkenal dengan sikap suka bantu-membantu terutamanya sepanjang berlakunya peperangan yang melibatkan orang Islam dengan kuffar. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dalam memastikan tentera Islam dirawat sebaik mungkin yang dianggap sebagai suatu sumbangan yang tiada nilainya kepada ummah keseluruhannya.
Rufaydah al-Aslamiyah, seorang wanita bersemangat waja lagi berani telah tanpil  membina sebuah khemah perang sehingga melayakkannya digelar srikandi . Khemah ini merupakan “hospital” pertama dibina pada zaman Rasulullah SAW. Beliau mempunyai ilmu perubatan dan telah mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, terutama tentera yang mengalami kecederaan sewaktu perang. Rasulullah SAW menganugerahkan kepadanya sejumlah harta rampasan Perang Khaibar sebagai mengiktiraf sumbangan beliau  bersama saudaranya yang bernama Ku’aibah dalam merawat tentera Islam yang cedera. 
Dalam Perang Uhud, Saidatina Fatimah, puteri bongsu Baginda Rasul mempunyai peranan dan sumbangan yang tersendiri. Beliau dengan inisiatif tersendiri telah mengambil secebis tikar lalu membakarnya untuk merawat luka yang dialami oleh Rasulullah SAW.
Nama Nusaibah Kaab begitu sinonim dengan  peperangan. Beliau merupakan seorang wanita dan menjadi antara  pejuang yang sangat berani di medan perjuangan. Sewaktu Perang Uhud,  Rasulullah SAW melihat seorang wanita menghayun pedangnya dengan gagah dan tangkas melindungi baginda. Baginda Nabi memandang ke kiri dan sekali lagi melihat wanita itu melakukan hal sama, menghadang bahaya demi melindungi pemimpin dan orang-orang beriman dari menjadi mangsa peperangan dengan semangat juang yang kental, setanding dengan pahlawan Islam yang lain.
“Kehebatan Nusaibah di medan perang melayakkan beliau menerima anugerah Ummu Umarah” – pahlawan wanita yang mempertaruhkan jiwa dan raga kerana keadaan semasa menuntutnya menjadi berani untuk berbuat demikian.
Sepertimana golongan lelaki, golongan wanita juga mempunyai hak yang sama untuk bekerja  membantu suami atau mencari rezeki untuk keluarga dan melaksanakan infaq harta
Lihatlah bagaimana  besarnya jiwa Asma’ Abu Bakar sanggup berjalan dua batu semata-mata mendapatkan air bagi keperluan keluarga kerana suaminya sibuk di medan perang.
            Antara pekerjaan yang dilakukan oleh wanita pada zaman Rasulullah SAW ialah memintal benang atau bulu bagi menghasilkan pakaian. Ummu Salamah dan Ummu Ammarah, antara wanita Islam yang terlibat dalam pekerjaan memintal benang.  Baginda Nabi pernah menyebut kepada anaknya Fatimah bahawa setiap wanita  yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat manakala  setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina 7 buah parit di antara dirinya dengan api neraka. Inilah antara  ganjaran yang dijanjikan Allah untuk wanita yang ikhlas bekerja  demi kerana agama.
Perusahaan menyertu kulit bangkai merupakan pekerjaan yang mendapat sambutan dalam kalangan wanita pada zaman Rasulullah SAW. Mereka menyertu kulit bangkai untuk dijadikan hamparan rumah atau pakaian musim sejuk. Mereka juga membuat kasut, bekas meletak makanan dan minuman. Saidatina Zainab Jahsyi RA, Saidatina Sawdah Zam’ah RA dan Asma’ Umais antara wanita  yang mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja mahir kraf tangan daripada kulit binatang.Hasil daripada jualan itu, mereka memberi sumbangan dan sedekah kepada golongan fakir miskin.
Kegiatan menjahit juga menjadi kegemaran wanita pada zaman Rasulullah SAW. Zainab Jahsyi, antara wanita yang mahir menjahit kulit menjadi bantal, hamparan dan kusyen.
Penglibatan wanita pada zaman Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang  telah menolak tanggapan bahawa wanita muslim tidak perlu terlibat dengan aktiviti luar melainkan untuk tetap dan setia bersama keluarga sepenuh masa.  Saidina Ali pernah mengatakan “ Dada orang yang berakal itu adalah peti rahsianya

No comments:

Post a Comment