Dalam seminggu ini terdapat dua isu kepimpinan yang menarik perhatian umum. Kedua-duanya dibincang dan diulas oleh masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang dilihat melibatkan kepentingan negara.
Pertamanya melibatkan soal kepimpinan dan keduanya ketaatan kepada pemimpin. Ada pihak tertentu yang bersedia dan telah memusatkan ketaatan kepada pemimpin dari kalangan yang tidak seagama dengan mereka. Sebahagiannya pula tidak bersedia untuk memberi ketaatan kepada pemimpin berkenaan dan hanya bersedia memberi ketaatan mereka kepada kepimpinan muslim sahaja, walapun daripada kumpulan yang sama.
Dalam Islam, beberapa garis panduan dibuat dalam memilih pemimpin. Biasanya kepimpinan dan mereka yang dipimpin itu dihubungkan melalui suatu ikatan yang disebut wala’ yang dikaitkan dalam aspek ketaatan dan kesetiaan. Dalam Islam, Allah melarang hambanya yang beriman memberikan wala’ kepada orang kafir. Apatah lagi dengan mendekatkan diri kepada mereka secara mawaddah wa mahabbah (kasih sayang dan kecintaan) dan membenarkan kata-kata serta perbuatan yang dilakukan kerana mereka memusuhi Allah.
Sesuatu yang tidak dapat diterima akal bahawa seseorang itu boleh menghimpunkan kecintaannya kepada Allah dengan kecintaannya kepada musuh Allah dalam waktu yang sama. Oleh itu, tidak harus bagi seseorang muslim memberikan ketaatan kepada orang yang tidak beriman dengan mengetepikan golongan yang beriman kepada Allah.
Manakala Sayyid Qutb pula ketika mentafsirkan ayat 28 Surah Ali Imran dalam kitab tafsirnya Fi Zilal al-Quran telah menyatakan bahawa tidak akan dapat berhimpun dalam hati manusia dua perkara dalam satu masa iaitu hakikat keimanan kepada Allah dan dalam masa yang sama memberi wala’ kepada musuh-musuh Allah. Jelasnya, ayat tersebut menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang Islam.
Sehubungan dengan itu, apabila berlaku pertembungan untuk memilih pemimpin di antara orang Islam dan bukan Islam, maka tidak ada alasan bagi orang yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah untuk memilih serta melantik orang kafir untuk menjadi pemimpin mereka, dengan mengetepikan orang Islam yang beriman kepada Allah. Sekiranya seseorang Islam itu tetap melantik golongan kuffar dengan mengetepikan golongan beriman, maka nescaya akan mengundang kemurkaan daripada Allah kerana mengutamakan kekufuran melebihi keimanan. Untuk mengelakkan kutukan dan kemurkaan Allah, amanah kepimpinan hendaklah diberikan kepada golongan yang berhak dan layak.
Menyedari peri pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, maka Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh dan haram diangkat menjadi pemimpin iaitu pertamanya, orang Yahudi dan Nasrani
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barang siapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" ( Surah Al-Maidah, ayat51.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barang siapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" ( Surah Al-Maidah, ayat51.
Keduanya, orang yang mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". ( Surah At-Taubah, ayat 23)
Ketiganya, 0rang yang munafik. Keempatnya orang kafir berdasarkan Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan Allah untuk menyiksamu?" ( Surah An-Nisa', Ayat 144)
Ketiganya, 0rang yang munafik. Keempatnya orang kafir berdasarkan Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan Allah untuk menyiksamu?" ( Surah An-Nisa', Ayat 144)
Pemimpin mestilah sentiasa berhemah dan bersedia bersama rakyat tanpa mengira masa, terutama ketika mereka berada dalam kesusahan yang mana apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat. Mereka mesti berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka walau dalam apa jua keadaan tanpa mengira anutan agama dan perbezaan bangsa dan keturunan.
Mereka mesti bertanggungjawab kepada setiap perkara dibawah kepimpinanya dan sentiasa dalam keadaan merendah diri. Allah berfirman yang bermaksu “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah as- Syu’araa’, Ayat 215-217)
Jangan sesekali mengutamakan perbuatan yang keji kerana Allah membenci perbuatan yang keji. Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan.” (Riwayat Ibn Dunya)
Dalam hadisnya yang lain, Rasulullah SAW bersabda “Akan muncul tiga perkara buruk apabila dekat kiamat, iaitu masjid lengang, orang berjuang dan berjihad secara menjerit, dan manusia semakin tidak amanah.” (Riwayat At Tabrani)
Islam telah menggariskan tanggungjawab dan amanah kepada sesiapa yang dipilih sebagai pemimpin. Rasulullah SAW bersabda Dari Abdullah bin Umar RA. “Masing-masing kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggung jawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang memimpin masyarakat adalahpemimpin yang akan diminta bertanggungjawab ke atas mereka yang dipimpinnya. Seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin atas ahli (keluarga) di rumahnya, dia akan diminta bertanggungjawab keatas mereka(ahli keluarganya). Seorang perempuan(isteri) adalah pemimpin atas rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dia akan diminta bertanggungjawab keatas kepemimpinannya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dia akan diminta bertanggungjawab keatas harta(yang diuruskannya) itu. Ketahuailah masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kalian akan diminta bertanggungjawab keatas mereka yang dipimpinnya”. (Riwayat Bukhari)
Ibnu Taimiyyah mengatakan kepemimpinan adalah sebesar-besar kewajipan dalam Islam. Bagaimanakah ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang baik sebagaimana dituntut oleh agama?
Dalam permasalahan ini Imam Ghazali ada mengemukakan beberapa ciri yang seharusnya ada pada diri seseorang pemimpin. Pertamanya, seseorang pemimpin seharusnya membayangkan dia berada dalam kedudukan orang yang diperintah dan memahami kedudukan rakyatnya supaya dia tidak melakukan perkara yang tidak diingini kepada diri sendiri. Bermakna seseorang pemimpin semestinya dapat menjiwai kesusahan rakyat jelata dan berusaha menyayangi mereka sepertimana diri pemimpin itu sendiri.
Pemimpin yang berwibawa akan berusaha memenuhi piawai sebenar sebagai pemimpin yang melekat dihati rakyatnya. Pemimpin seperti ini tidak akan berdiam diri kerana sentiasa memikirkan segala urusan yang berkaitan dengan rakyat yang dipimpinnya. Seseorang pemimpin mesti mempunyai kesedaran tinggi bahawa dia berhadapan dengan amanah Allah yang pasti akan ditanya mengenai tanggungjawab di akhirat kelak. Tidak ada sebarang makna kepada rakyat jelata seandainya pemimpinnya cuai dari tanggungjawabnya atau tidak jujur dalam urusan rakyat. Pemimpin yang bertanggungjawab akan berusaha menguasai keseluruhan kehidupan dibawah urusan pentadbirannya. Sebab itu kita dapati bahawa Umar Al-Khattab apabila melihat ada seekor kambing mati, Khalifah didapati termenung, sedih dan risau sangat kalau-kalau kambing itu mati akibat kecuaiannya.
Ada pemimpin yang berusaha menghindari tanggung jawab ketika berhadapan denagan masalah. Pemimpin dan tanggung jawab adalah dua hal yang tidak boleh dipisahkan. Sifat tidak bertanggung jawab dan mengalihkan kesalahan kepada orang lain hanya akan membuat seorang pemimpin tidak lagi efektif sebagai pemimpin kerana dia kehilangan timbang tara rakyat untuk tidak dihormati, percayai dan dihargai lagi.
Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu pertamanya, mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri. Keduanya, bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya. Ketiganya, menanam rasa kagum dalam kebun hatinya sehingga mengubah dirinya menjadi angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain dan menganggap dirinya sahaja yang hebat disisi Allah.
No comments:
Post a Comment