Thursday, September 22, 2011

ISLAM MEMENTINGKAN PENJAGAAN KESIHATAN



Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar  baik dan selamat  disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara  optimum sehingga  berupaya  mencapai potensi  dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah. Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan.  Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana  keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah  "sihat" merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan. Rasulullah SAW bersabda “  Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia\ iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi  SAW yang bermaksud "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga  berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit  tanpa mengambil sikap membiarkannya.
Jangan sesekali  berubat dengan benda yang diharamkan agama. Rasulullah SAW  telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).
Dalam satu peristiwa,  orang Arab Badwi telah datang kepada Baginda Nabi dan mereka bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?" Maka sabda Nabi : "Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja." Maka mereka bertanya, "apakah penyakit itu?" Sabda Nabi : "Penyakit itu ialah 'tua'."  (Hadis Riwayat Ahmad)
Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan  mengembalikan kesihatan ketika hilang”.
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti  harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan.  Makan hidangan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan. Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31) 
Sebenarnya, Islam sendiri mengakui  akan peri pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan  diri. Elakkan daripada berdepan dengan mereka yang mengidap penyakit bertujuan menghindarinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Jika kalian mendengar ada wabak ta’un di sebuah negeri, maka janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan jika ta’un itu mewabak di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian untuk menghindari penyakit itu.” (Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim)
Dalam erti kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya berwaspada dan mengawal diri dari tempat penyakit berjangkit menular. Apatah lagi orang yang sedang sakit itu mendedahkan dirinya kepada masayarakat umum. Sehubungan itu, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang yang sakit mengunjungi (bergaul dengan) orang yang sihat ” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebenarnya, keselamatan dari ada hubungannya dengan tahap penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, Pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal termasuk senamam dan sukan yang bersesuaian, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian.
Firman Allah SWT "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri." ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)
           Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud  “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)
Disegi cara minum dan makan, Islam mempunyai tatacara yang jelas bagi mengelakkan kesan yang tidak baik  dari kebiasaan yang bertukar menjadi amalan. Walapun perkara ini nampak remeh namun natijahnya  sangat besar.
Islam melarang umatnya meminum air secara sekali gus atau terus-menerus di dalam satu bekas yang berisi air.  Sebaliknya sunat membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah serta hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk. 
 Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabila selesai meminumnya."  (Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan mengendalikan masakan makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang lain secara sambil lewa tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.
Makanlah sekadar  mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat bekerja. Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3  untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.
Rasulullah SAW bersabda "Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas."( Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

                          Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang. Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’

                       Bersukan bukanlah aktiviti yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan mental.
Antara aktiviti yang membantu kesihatan dan menjamin kecergasan badan  ialah berenang, memanah dan menunggang kuda. Aktiviti ini dicadangkan supaya ianya didedahkan kepada kanak-kanak lagi supaya menjadi kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan mereka Dalam hal berkaitan Rasulullah SAW  telah bersabda yang bermaksud Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (Riwayat Thabrani)
Perbetulkan tanggapan bahawa kekuatan tubuh  adalah disandarkan kepada banyaknya makan tetapi yang sebetulnya pengambilan yang seimbang menjadi faktor pembinanya. Mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang banyak secara sekali gus. Hidangan  sewaktu berbuka puasa adalah cabaran yang menjadi realitinya.
Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan memiliki makanan seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” ( Riwayat at Tirmizi)

15 comments:

  1. Syukran ya akhi...info yang sungguh berguna dan mohon jadi rujukan.

    Bak kata penulis "Mencegah lebih baik daripada mengubati" Sebagai manusia setiap hari kita terdedah dengan 1001 pencemaran yang boleh merosakkan kesihatan jasmani,so kita memerlukan benteng mempertahankan diri daripada segala jenis penyakit. oleh itu saya ingin kongsikan dengan semua tips menjaga kesihatan : jemput baca blog saya http://umiwarham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Pohon teks arab bagi setiap hadith.

    ReplyDelete
  3. Pohon teks arab bagi setiap hadith.

    ReplyDelete
  4. Info berguna..

    Jom dapat info percuma ttg cara mencegah penyakit tanpa ubat..
    msc-hematology.blogspot.my
    FB Page : mutiara synergy malaysia

    ReplyDelete
  5. Memetik kata penulis "mencegah lebih baik dr mengubati"..Pihak mutiara juga menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma/berkala & pemeriksaan penuh melalui ujian darah (Pantai Hospital) ditempat anda dgn harga paling rendah di pasaran.
    Wasup kami : 018-9030400/019-9702758

    msc-hematology.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. Info yg bermanfaat dan amat berguna bagi kita semua..inyaallah kita dpt amalkn dlm kehidupan seharian kita..amin

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ..sy mohon jadikan rujukan untuk syarahan ... terima kasih ...

    ReplyDelete
  8. Suatu penjelasan yg jelas yg mana ramai di antara kita selalu memperlekehkan tentang penjagaan kesihatan. Hanya sedar bila sudah jatuh sakit. Perkongsian yg bermanfaat mohon share. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Suatu penjelasan yg jelas yg mana ramai di antara kita selalu memperlekehkan tentang penjagaan kesihatan. Hanya sedar bila sudah jatuh sakit. Perkongsian yg bermanfaat mohon share. Terima kasih

    ReplyDelete